Sejarah

Pangsapuri Kenanga telah ditubuhkan pada pertangahan tahun 2006 dan pada masa itu terdapat hanya beberapa keluarga yang tinggal. Sehingga ke hari ini hampir keseluruhan rumah di Pangsapuri Kenanga telah diduduki oleh pemilik rumah berkenaan. Pangsapuri Kenanga mempunyai 140 unit rumah, 1 unit surau dan 1 unit taman permainan kanak-kanak.

Promosi Terhebat

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

KEPADA SEMUA SAHABAT PANGSAPURI KENANGA.. AMPUN DAN MAAF DIMINTA.. SUPAYA JIWA KITA LEBIH TENANG KALA MENJALANI IBADAH DIBULAN MULIA..

semoga Ramadhan tahun ini menyuntik lebih banyak hidayah dan kita kekal mengamalkannya sesudah itu..amin

Tiada hari seindah Jumaat, Tiada kata seindah Zikir, Tiada Ibadah seindah Solat, Tiada Bulan seindah Ramadhan.maaf ats segala ketelanjuran.. Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa,,,,,

Wednesday, July 21, 2010

MESYUARAT SURAU PANGSAPURI KENANGA

TUAN / PUAN ;

2. SATU PERJUMPAAN AKAN DIADAKAN PADA MASA, TARIKH
DAN TEMPAT SEPERTI BERIKUT :

TARIKH : 22HB JULAI 2010(KHAMIS)
MASA : 9.00 MALAM (LEPAS SOLAT ISYAK)
TEMPAT : SURAU, PANGSAPURI KENANGA

3. PERJUMPAAN INI ADALAH PENTING BAGI MEMBINCANGKAN BEBERAPA PERKARA TERUTAMANYA MENJELANG BULAN RAMADHAN.


SEKIAN TERIMA KASIH

Monday, July 5, 2010

Terima kasih semua penduduk Kenanga

Assalamualaikum semua,

Terima kasih kepada semua penduduk kenanga yang telah menjayakan segala aktiviti yang dianjurkan oleh JMB Pangsapuri Kenanga baik secara langsung ataupun tidak.
Pihak JMB berharap agar penduduk kita berada dalam keadaan aman dan dapat bekerjasama antara kita.

Sekian terima kasih.

Friday, May 21, 2010

NOTIS GOTONG ROYONG PERDANA

ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1KENANGA

SATU ACARA GOTONG-ROYONG AKAN DIADAKAN PADA:
TARIKH : 23 MEI 2010
MASA : 9.30 AM
TEMPAT : BERKUMPUL DI PARKIR MOTOR (SEBELAH SURAU)

GOTONG ROYONG INI DI BUAT BERTUJUAN UNTUK MEMBERSIHKAN KAWASAN DI SEKITAR PANGSAPURI KENANGA DAN DI SAMPING ITU JUGA IA DAPAT MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN SESAMA JIRAN,
DI MINTA MEMBAWA PERALATAN SENDIRI SEMASA GOTONG-ROYONG DIJALANKAN.
KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA SEKIAN TERIMA KASIH

JMB PANGSAPURI KENANGA.

Berita Kematian Allahyarhamah Makcik Lela

Assalamualaikum & salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, salah seorang penduduk Pangsapuri Kenanga telah meninggal dunia pada 17 Mei 2010 jam 2.58 pagi.

Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kajang. Saya berharap agar kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah dan semoga rohnya berada di kalangan orang-orang yang beriman InsyaAllah.

Pihak kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.

Sekian.

Friday, April 16, 2010

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT DI ANTARA JMB PANGSAPURI KENANGA BERSAMA PENDUDUK .

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Merujuk perkara di atas.

2. Satu perjumpaan akan diadakan di antara JMB Pangsapuri Kenanga dan penduduk Pangsapuri Kenanga bagi membincangkan perihal penyelenggaraan dan sebagainya.

3. Perjumpaan ini akan diadakan pada:

Tarikh : 02 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 9.30 am
Tempat : Parkir motor (bersebelahan surau)

4. Sehubungan dengan itu saya memohon jasa baik pihak tuan puan dapat menghadiri perjumpaan tersebut. Kehadiran adalah diwajibkan.

Sekian terima kasih


Yang benar,


________

MOHD AZMI BIN MUSTAFA @ SULAIMAN
Pengerusi
JMB Pangsapuri Kenanga.

NOTIS PEMBAYARAN WANG PENYELENGARAAN PANGSAPURI KENANGA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Taun/Puan Yang dihormati,

1. Dimaklumkan bahawa mulai bulan April sehingga bulan Disember 2010, bayaran penyelenggaraan bolehlah dibuat terus kepada JMB Pangasapuri Kenanga. (Jadual pembayaran akan dipamerkan di papan kenyataan Pangsapuri Kenanga.

2. Pembayaran bolehlah dibuat dengan beberapa cara seperti berikut:
i.Masukkan wang ke dalam akaun JMB Pangsapuri Kenanga (no. akaun CIMB 12190014522059)dengan menggunakan mesin cash deposit.
ii.Pembayaran melalui CIMB click (online payment) ke akaun JMB Pangsapuri Kenanga (no akaun seperti di no. i)
iii.Melalui kaunter yang akan dibuka oleh JMB Pangsapuri Kenanga di kawasan Pangsapuri Kenanga. Tarikh dan waktu kaunter di buka seperti di lampiran 1.

3. Segala resit dan bukti pembayaran hendaklah disimpan untuk diserahkan kepada JMB Pangsapuri Kenanga pada waktu kaunter JMB Pangsapuri Kenanga di buka. Ia bertujuan pembuktian pembayaran.

4. Sebarang pertanyaan sila emailkan kepada komunitikenanga@gmail.com atau layari blog http://komunitikenanga.blogspot.com atau menghubungi 0172885265-Rizal / 0132702398-Mus.


Kerjasama dari pihak anda amat kami hargai, sekian terima kasih

JMB Pangsapuri Kenanga

Friday, April 9, 2010

NOTIS GOTONG ROYONG PERDANA


 ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1KENANGA
SATU ACARA GOTONG-ROYONG AKAN DIADAKAN PADA:
TARIKH          : 11 APRIL 2010
MASA             : 9.30 AM
TEMPAT         : BERKUMPUL DI PARKIR MOTOR (SEBELAH  SURAU)
GOTONG ROYONG INI DI BUAT BERTUJUAN UNTUK MEMBERSIHKAN KAWASAN DI SEKITAR PANGSAPURI KENANGA DAN DI SAMPING ITU JUGA IA DAPAT MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN SESAMA JIRAN,
DI MINTA MEMBAWA PERALATAN SENDIRI SEMASA GOTONG-ROYONG DIJALANKAN.
KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA SEKIAN TERIMA KASIH

JMB PANGSAPURI KENANGA.

Borang Pendaftaran Anak Kariah Masjid / Surau Seluruh Negeri Selangor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Perhatian kepada semua penduduk Pangsapuri Kenanga, Jawatankuasa Surau Pangsapuri Kenanga sedang menjalankan bancian terkini bagi mengenalpasti Ahli Kariah yang terdapat di Pangsapuri Kenanga.

Oleh yang demikian, kami berharap agar pihak Tuan /Puan dapat melengkapkan borang berkenaan samada hantar terus kepada AJK Surau atau mengisi Online Form di Blog Komuniti Kenanga.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi En Riduan (Pengerusi Surau).

Sekian Terima Kasih.

Wednesday, March 31, 2010

Logo Pangsapuri Kenanga

Logo di atas merupakan salah satu logo yang telah dipilih sebulat suara oleh JMB Pangsapuri Kenanga. Logo berkenaan akan digunakan secara rasmi untuk kegunaan Letterhead atau apa-apa yang difikirkan perlu.Logo tersebut dipilih adalah berdasarkan nama Pangsapuri Kenanga iaitu Bunga (logonya seakan-akan bentuk bunga).

MESYUARAT JMB PANGSAPURI KENANGA

MESYUARAT JMB PANGSAPURI KENANGA,
JLN ANGGERIK PERDANA 3, 43500 KAJANG SELANGOR
BIL. 2/10
(http://komunitikenanga.blogspot.com)

SATU PERJUMPAAN AKAN DIADAKAN PADA MASA, TARIKH
DAN TEMPAT SEPERTI BERIKUT

TARIKH : 04HB APRIL 2010(AHAD)
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : SURAU, PANGSAPURI KENANGA

SEKIAN TERIMA KASIH

Tuesday, March 2, 2010

Berita Kecurian Lori

Warga penduduk Pangsapuri Kenanga sekalian,

Pada minggu lepas telah berlaku kejadian kecurian lori di kawasan tempat letak kereta Pangsapuri Kenanga. Nampaknya kejadian kecurian kenderaan telah kembali ber'aksi' setelah agak lama menyepi. Oleh itu semoga warga penduduk sentiasa mengawasi keadaan sekeliling dan jika ada aktiviti yg disyaki mencurigakan silalah laporkan kpd pihak berkuasa. Pihak berkuasa tidak akan mengambil apa2 tindakan terhadap pelapor walaupun setelah disiasat tiada apa yg mencurigakan, selagi niat kita melaporkan hanya utk melindungi diri dan warga penduduk amnya.
Kepada tuan/puan/cik mangsa yg terlibat, kami rasa agak terkilan kerana tidak dpt membantu dan diharapkan dpt bersabar atas dugaan-Nya ini. Jika ada info yg hendak dikongsi bersama atau bantuan diperlukan bolehlah dimaklumkan kpd AJK yg terlibat. Kita sebagai warga penduduk Pangsapuri Kenanga akan membantu sedaya yg mungkin.

Harap maklum