Sejarah

Pangsapuri Kenanga telah ditubuhkan pada pertangahan tahun 2006 dan pada masa itu terdapat hanya beberapa keluarga yang tinggal. Sehingga ke hari ini hampir keseluruhan rumah di Pangsapuri Kenanga telah diduduki oleh pemilik rumah berkenaan. Pangsapuri Kenanga mempunyai 140 unit rumah, 1 unit surau dan 1 unit taman permainan kanak-kanak.

Promosi Terhebat

Tuesday, March 2, 2010

Berita Kecurian Lori

Warga penduduk Pangsapuri Kenanga sekalian,

Pada minggu lepas telah berlaku kejadian kecurian lori di kawasan tempat letak kereta Pangsapuri Kenanga. Nampaknya kejadian kecurian kenderaan telah kembali ber'aksi' setelah agak lama menyepi. Oleh itu semoga warga penduduk sentiasa mengawasi keadaan sekeliling dan jika ada aktiviti yg disyaki mencurigakan silalah laporkan kpd pihak berkuasa. Pihak berkuasa tidak akan mengambil apa2 tindakan terhadap pelapor walaupun setelah disiasat tiada apa yg mencurigakan, selagi niat kita melaporkan hanya utk melindungi diri dan warga penduduk amnya.
Kepada tuan/puan/cik mangsa yg terlibat, kami rasa agak terkilan kerana tidak dpt membantu dan diharapkan dpt bersabar atas dugaan-Nya ini. Jika ada info yg hendak dikongsi bersama atau bantuan diperlukan bolehlah dimaklumkan kpd AJK yg terlibat. Kita sebagai warga penduduk Pangsapuri Kenanga akan membantu sedaya yg mungkin.

Harap maklum