Sejarah

Pangsapuri Kenanga telah ditubuhkan pada pertangahan tahun 2006 dan pada masa itu terdapat hanya beberapa keluarga yang tinggal. Sehingga ke hari ini hampir keseluruhan rumah di Pangsapuri Kenanga telah diduduki oleh pemilik rumah berkenaan. Pangsapuri Kenanga mempunyai 140 unit rumah, 1 unit surau dan 1 unit taman permainan kanak-kanak.

Promosi Terhebat

Friday, April 16, 2010

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT DI ANTARA JMB PANGSAPURI KENANGA BERSAMA PENDUDUK .

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Merujuk perkara di atas.

2. Satu perjumpaan akan diadakan di antara JMB Pangsapuri Kenanga dan penduduk Pangsapuri Kenanga bagi membincangkan perihal penyelenggaraan dan sebagainya.

3. Perjumpaan ini akan diadakan pada:

Tarikh : 02 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 9.30 am
Tempat : Parkir motor (bersebelahan surau)

4. Sehubungan dengan itu saya memohon jasa baik pihak tuan puan dapat menghadiri perjumpaan tersebut. Kehadiran adalah diwajibkan.

Sekian terima kasih


Yang benar,


________

MOHD AZMI BIN MUSTAFA @ SULAIMAN
Pengerusi
JMB Pangsapuri Kenanga.

NOTIS PEMBAYARAN WANG PENYELENGARAAN PANGSAPURI KENANGA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Taun/Puan Yang dihormati,

1. Dimaklumkan bahawa mulai bulan April sehingga bulan Disember 2010, bayaran penyelenggaraan bolehlah dibuat terus kepada JMB Pangasapuri Kenanga. (Jadual pembayaran akan dipamerkan di papan kenyataan Pangsapuri Kenanga.

2. Pembayaran bolehlah dibuat dengan beberapa cara seperti berikut:
i.Masukkan wang ke dalam akaun JMB Pangsapuri Kenanga (no. akaun CIMB 12190014522059)dengan menggunakan mesin cash deposit.
ii.Pembayaran melalui CIMB click (online payment) ke akaun JMB Pangsapuri Kenanga (no akaun seperti di no. i)
iii.Melalui kaunter yang akan dibuka oleh JMB Pangsapuri Kenanga di kawasan Pangsapuri Kenanga. Tarikh dan waktu kaunter di buka seperti di lampiran 1.

3. Segala resit dan bukti pembayaran hendaklah disimpan untuk diserahkan kepada JMB Pangsapuri Kenanga pada waktu kaunter JMB Pangsapuri Kenanga di buka. Ia bertujuan pembuktian pembayaran.

4. Sebarang pertanyaan sila emailkan kepada komunitikenanga@gmail.com atau layari blog http://komunitikenanga.blogspot.com atau menghubungi 0172885265-Rizal / 0132702398-Mus.


Kerjasama dari pihak anda amat kami hargai, sekian terima kasih

JMB Pangsapuri Kenanga