Sejarah

Pangsapuri Kenanga telah ditubuhkan pada pertangahan tahun 2006 dan pada masa itu terdapat hanya beberapa keluarga yang tinggal. Sehingga ke hari ini hampir keseluruhan rumah di Pangsapuri Kenanga telah diduduki oleh pemilik rumah berkenaan. Pangsapuri Kenanga mempunyai 140 unit rumah, 1 unit surau dan 1 unit taman permainan kanak-kanak.

Promosi Terhebat

Sunday, January 17, 2010

APA ITU H1N1

Apa itu H1N1?
Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.
Jangka Hayat Virus
Oleh kerana ia adalah virus yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan "air ventilation" (pengudaraan) yang baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.
Apa yg perlu tahu ? Asal virus ini
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ianya tercetus outbrake di Mexico.
Virologi Virus H1N1
Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4 H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
Cara Serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) Peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' Ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi
Siapa Yang Berisiko?
1. Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2. Perempuan yang mengandung
3. Orang yang ada asthmatic
4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti. eg.: HIV, etc)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan-golongan di atas
Simptom-Simptom
Hari 1 - Rasa kurang sihat, tidak bermaya
Hari 2 - Selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Hari 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Hari 4 - Sakit dada yg teruk........jumpa doktor dengan segera.......
Hari 5 dan ke atas, lung collapse @ koma
Langkah-Langkah Kawalan
1 - Golongan-golongan yang berisiko, elakakn daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)
2 - Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 - Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4 - Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 - Jika kurang sihat dan ada ILI (influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai topeng 'mask'
6 - Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yg padat.
7 - Jika ada tanda-tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 - Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9 - Tidak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.
10 - Vaksin hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja. Dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.
11 - Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 - Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbreak ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.


Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pasific Klia pada 01.08.2009. Moga dapat iktibar.

Influenza A(H1N1) : Panduan Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular di kalangan masyarakat kita dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan kita semua.
Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.


Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :
A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah
  1. Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
  2. Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
  3. Berehat secukupnya.
  4. Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
  5. Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
  6. Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).
B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

  1. Amalkan adab batuk yang baikPesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin.
  2. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  3. Tingkatkan penjagaan kebersihan diriPesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
    -Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
    -Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
    -Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
    -Jangan kongsi peralatan peribadi
    Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
  4. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
    Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
  5. Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
  6. Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
  7. Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.
C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah
Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :

  1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu.
  2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
  3. Sakit dada berterusan
  4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
  5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
  6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
  7. Rasa pening apabila berdiri
  8. Kurang kencing
(credit to : http://h1n1.moh.gov.my/index.php )