Sejarah

Pangsapuri Kenanga telah ditubuhkan pada pertangahan tahun 2006 dan pada masa itu terdapat hanya beberapa keluarga yang tinggal. Sehingga ke hari ini hampir keseluruhan rumah di Pangsapuri Kenanga telah diduduki oleh pemilik rumah berkenaan. Pangsapuri Kenanga mempunyai 140 unit rumah, 1 unit surau dan 1 unit taman permainan kanak-kanak.

Promosi Terhebat

Thursday, September 30, 2010

KUTIPAN WANG PENYELENGGARAAN

Tuan/Puan,

Untuk makluman semua Penduduk Pangsapuri Kenanga, Pihak JMB Pangsapuri Kenanga akan mengadakan kutipan wang penyelenggaraan pada :

TARIKH   : 3 OKTOBER 2010 (AHAD)
MASA      : 9.30 PAGI
TEMPAT  : LOBI PANGSAPURI KENANGA

Sehubungan dengan itu saya memohon jasa baik pihak tuan/puan sekiranya ingin membayar wang berkenaan sila hadirkan diri pada hari berkenaan.

“TUNAIKAN KEWAJIPAN BERSAMA”

Sekian terima kasih.

JMB PANGSAPURI KENANGA.

NOTIS GOTONG ROYONG PERDANA

Tuan/Puan,
Untuk makluman semua Penduduk Pangsapuri Kenanga, satu acara gotong-royong akan diadakan pada:

TARIKH   : 3 OKTOBER 2010 (AHAD)
MASA       : 8.30 PAGI
TEMPAT : BERKUMPUL DI PARKIR MOTOR (SEBELAH SURAU)

Gotong royong ini di buat bertujuan untuk membersihkan kawasan di sekitar pangsapuri kenanga dan di samping itu juga ia dapat mengeratkan lagi hubungan sesama jiran, di minta membawa peralatan sendiri semasa gotong-royong dijalankan.

“KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
 
Sekian terima kasih.

JMB PANGSAPURI KENANGA.