Sejarah

Pangsapuri Kenanga telah ditubuhkan pada pertangahan tahun 2006 dan pada masa itu terdapat hanya beberapa keluarga yang tinggal. Sehingga ke hari ini hampir keseluruhan rumah di Pangsapuri Kenanga telah diduduki oleh pemilik rumah berkenaan. Pangsapuri Kenanga mempunyai 140 unit rumah, 1 unit surau dan 1 unit taman permainan kanak-kanak.

Promosi Terhebat

Saturday, February 6, 2010

Tingkatkan keselamatan di rumah sendiri

Cara meningkatkan keselamatan di rumah sendiri;

1. Pasang CCTV betul. Jangan pasang dummy CCTV yang menipu tu. Kos dome casing RM15 dan kos camera mini RM90. Jumlah baru RM 100 untuk satu dome camera. Boleh pasang banyak di sekitar rumah kita ikut kemampuan.Memasang CCTV boleh memantau pergerakan

2. Pasang set CCTV yang lengkap siap alat perakam sekali. Guna CCTV yang mahal-mahal dan yang besar. Tapi kos dalam RM2800 satu set.

3. Pasang sistem alarm untuk mengelak rumah di ceroboh. Harga sekitar RM2800 juga. Sistem siap sekali dengan Alarm di luar rumah, dalam rumah, detector pergerakan objek dan smoke detector. Nak sambung ke polis juga boleh tapi kena bayar bil telefon.

4. Jangan kedekut pasang lampu di luar rumah pada malam hari terutama bahagian belakang rumah.

5. Pasang lampu dalam rumah ketika tidur. Untuk mengelak mamai atau terpinga-pinga kerana tindakbalas mata pada lampu yang baru dibuka apabila terjaga dari tidur pada jam 2 atau 3 pagi.

6. Berbaik-baik dengan jiran tetangga. Minta setiap jiran awasi rumah-rumah yang berjiran dengan mereka.

7. Dapatkan semua nombor telefon jiran-jiran tetangga

8. Kepada penduduk non muslim memelihara anjing adalah satu cara meningkatkan keselamatan tetapi pastikan anjing tuan/puan sentiasa berada di dalam pagar rumah, jangan biarkan menyalak tidak mengira masa dan mengganggu ketenteraman jiran tetangga.

9. Surirumah boleh membantu memantau pergerakan individu atau kenderaan tidak dikenali atau mencurigakan pada siang hari. Waktu kritikal adalah mulai jam 8:00 pagi hingga 2:00 petang. Ini bagi kes pecah masuk rumah di siang hari.

10. Waktu penjenayah pecah masuk pada malam hari adalah sekitar jam 2.00 pagi ke 5:00 pagi. Penduduk perlu sensitif dengan sebarang bunyi mencurigakan.

11. Minta anak-anak tidur dalam bilik yang dikunci dari dalam. Satu set kunci bilik tidur anak-anak perlu ada dalam bilik tidur ibubapa.

12. Sediakan sebarang alat yang boleh membantu kita mempertahankan diri di dalam bilik tidur kita jika penjenayah menceroboh masuk pada malam hari.

13. Bunyikan alarm kereta pada malam hari jika terlihat individu mencurigakan atau rumah kita ada tanda-tanda sedang diceroboh. Remote kereta perlu berada di tepi katil dan mudah dicapai.