Sejarah

Pangsapuri Kenanga telah ditubuhkan pada pertangahan tahun 2006 dan pada masa itu terdapat hanya beberapa keluarga yang tinggal. Sehingga ke hari ini hampir keseluruhan rumah di Pangsapuri Kenanga telah diduduki oleh pemilik rumah berkenaan. Pangsapuri Kenanga mempunyai 140 unit rumah, 1 unit surau dan 1 unit taman permainan kanak-kanak.

Promosi Terhebat

Friday, May 21, 2010

NOTIS GOTONG ROYONG PERDANA

ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1KENANGA

SATU ACARA GOTONG-ROYONG AKAN DIADAKAN PADA:
TARIKH : 23 MEI 2010
MASA : 9.30 AM
TEMPAT : BERKUMPUL DI PARKIR MOTOR (SEBELAH SURAU)

GOTONG ROYONG INI DI BUAT BERTUJUAN UNTUK MEMBERSIHKAN KAWASAN DI SEKITAR PANGSAPURI KENANGA DAN DI SAMPING ITU JUGA IA DAPAT MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN SESAMA JIRAN,
DI MINTA MEMBAWA PERALATAN SENDIRI SEMASA GOTONG-ROYONG DIJALANKAN.
KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA SEKIAN TERIMA KASIH

JMB PANGSAPURI KENANGA.

Berita Kematian Allahyarhamah Makcik Lela

Assalamualaikum & salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, salah seorang penduduk Pangsapuri Kenanga telah meninggal dunia pada 17 Mei 2010 jam 2.58 pagi.

Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kajang. Saya berharap agar kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah dan semoga rohnya berada di kalangan orang-orang yang beriman InsyaAllah.

Pihak kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.

Sekian.