Sejarah

Pangsapuri Kenanga telah ditubuhkan pada pertangahan tahun 2006 dan pada masa itu terdapat hanya beberapa keluarga yang tinggal. Sehingga ke hari ini hampir keseluruhan rumah di Pangsapuri Kenanga telah diduduki oleh pemilik rumah berkenaan. Pangsapuri Kenanga mempunyai 140 unit rumah, 1 unit surau dan 1 unit taman permainan kanak-kanak.

Promosi Terhebat

Friday, April 16, 2010

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT DI ANTARA JMB PANGSAPURI KENANGA BERSAMA PENDUDUK .

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Merujuk perkara di atas.

2. Satu perjumpaan akan diadakan di antara JMB Pangsapuri Kenanga dan penduduk Pangsapuri Kenanga bagi membincangkan perihal penyelenggaraan dan sebagainya.

3. Perjumpaan ini akan diadakan pada:

Tarikh : 02 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 9.30 am
Tempat : Parkir motor (bersebelahan surau)

4. Sehubungan dengan itu saya memohon jasa baik pihak tuan puan dapat menghadiri perjumpaan tersebut. Kehadiran adalah diwajibkan.

Sekian terima kasih


Yang benar,


________

MOHD AZMI BIN MUSTAFA @ SULAIMAN
Pengerusi
JMB Pangsapuri Kenanga.

3 comments:

  1. salam...saya penghuni pangsapuri kenanga tingkat bawah.saya menghadapi masalah air yg agak kritikal di rumah saya.tekanan air yg sangat2 rendah.jika buka paip air dalam bilik air,kat sinki dapur langsung tak ada air.mesin basuh dan shower mmg x leh guna sbb air x cukup laju.saya nk tanya jika ini masalah mmg masalah blok atau cuma unit saya sahaja yg menghadapi masalah ini.
    diharap tuan boleh bagi respon.

    TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  2. Wslm, untuk makluman tuan sebelum JMB mengambil alih banyak juga komplen daripada penduduk berkenaan isu tekanan air, pihak JMB juga telah beberapa kali mengajukan masalah ini kepada pihak Getaris tetapi malangnya isu ini masih lagi tidak selesai.
    Oleh itu, kami akan cuba menyelesaikan masalah ini sedaya upaya dengan berbincang dengan pihak Getaris & syabas InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. terima kasih di atas respon tuan.diharap tuan dapat mengajukan masalah air ini kepada pihak berwajib secepat mungkin untuk kebaikan bersama.

    ReplyDelete