Sejarah

Pangsapuri Kenanga telah ditubuhkan pada pertangahan tahun 2006 dan pada masa itu terdapat hanya beberapa keluarga yang tinggal. Sehingga ke hari ini hampir keseluruhan rumah di Pangsapuri Kenanga telah diduduki oleh pemilik rumah berkenaan. Pangsapuri Kenanga mempunyai 140 unit rumah, 1 unit surau dan 1 unit taman permainan kanak-kanak.

Promosi Terhebat

Thursday, March 10, 2011

NOTIS PEMBUANGAN SAMPAH DI KAWASAN PANGSAPURI KENANGA

Untuk makluman semua Penduduk Pangsapuri Kenanga, diminta jasa baik semua supaya dapat membuang sampah di tempat pembuangan sampah yang telah disediakan di belakang blok Pangsapuri Kenanga.
Hal ini adalah bertujuan untuk kebersihan kawasan di sekitar Pangsapuri Kenanga dan di samping itu juga ia dapat memupuk semangat tanggungjawab di kalangan kita.


“KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
Sekian terima kasih.

JMB PANGSAPURI KENANGA.

Wednesday, February 16, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul, semoga kita dapat menghayati dan mengikuti amalan yang telah diamalkan oleh Rasul kita Nabi Muhammad SAW.
Semoga Komuniti Kenanga menjadi Ummah yang di redhai InsyaAllah.

Ikhlas dari,
JMB Kenanga

Friday, January 28, 2011

JADUAL PEMBAYARAN WANG PENYELENGGARAAN BAGI TAHUN 2011

TARIKH PEMBUKAAN KAUNTER PEMBAYARAN WANG PENYELENGGARAAN BAGI     TAHUN 2011

JANUARI                                           9 JAN 2011
FEBUARI                                           6 FEB 2011
MAC                                                  6 MAC 2011
APRIL                                              10 APR 2011
MEI                                                   8 MEI 2011
JUN                                                   5 JUN 2011
JULAI                                              10 JUL 2011
OGOS                                              7 OGOS 2011
SEPTEMBER                                    4 SEP 2011
OKTOBER                                         9 OKT 2011
NOVEMBER                                     6 NOV 2011
DISEMBER                                       4 DIS 2011

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum w.b.t,

Pihak JMB Pangsapuri Kenanga mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru, semoga sepanjang perjalanan tahun yang lepas dan akan datang di berkati olehNya InsyaAllah.
Pihak kami memohon maaf atas kelemahan dan kekurangan selama mentadbir dan mengurus penyelenggaraan kediaman Pangsapuri ini. Semoga ikatan perpaduan dan kerjasama dari penduduk dapat dikekalkan insyaAllah.




Ikhlas dari kami;

JMB Pangsapuri Kenanga.

Thursday, September 30, 2010

KUTIPAN WANG PENYELENGGARAAN

Tuan/Puan,

Untuk makluman semua Penduduk Pangsapuri Kenanga, Pihak JMB Pangsapuri Kenanga akan mengadakan kutipan wang penyelenggaraan pada :

TARIKH   : 3 OKTOBER 2010 (AHAD)
MASA      : 9.30 PAGI
TEMPAT  : LOBI PANGSAPURI KENANGA

Sehubungan dengan itu saya memohon jasa baik pihak tuan/puan sekiranya ingin membayar wang berkenaan sila hadirkan diri pada hari berkenaan.

“TUNAIKAN KEWAJIPAN BERSAMA”

Sekian terima kasih.

JMB PANGSAPURI KENANGA.

NOTIS GOTONG ROYONG PERDANA

Tuan/Puan,
Untuk makluman semua Penduduk Pangsapuri Kenanga, satu acara gotong-royong akan diadakan pada:

TARIKH   : 3 OKTOBER 2010 (AHAD)
MASA       : 8.30 PAGI
TEMPAT : BERKUMPUL DI PARKIR MOTOR (SEBELAH SURAU)

Gotong royong ini di buat bertujuan untuk membersihkan kawasan di sekitar pangsapuri kenanga dan di samping itu juga ia dapat mengeratkan lagi hubungan sesama jiran, di minta membawa peralatan sendiri semasa gotong-royong dijalankan.

“KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
 
Sekian terima kasih.

JMB PANGSAPURI KENANGA.

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI


Assalamualaikum w.b.t

Kepada Semua Penduduk Pangsapuri Kenanga, Pihak JMB Kenanga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Sekiranya terdapat kesalahan samada sengaja atau tidak pihak kami ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf, semoga komuniti kita berada dalam aman dan sejahtera InsyaAllah.

Sekian.

JMB Pangsapuri Kenanga.

Thursday, September 2, 2010

Kutipan Wang Penyelenggaraan






Tuan/Puan yang di hormati,

Merujuk perkara di atas.

2. Satu Kutipan wang penyelenggaraan akan di adakan seperti di bawah :

Tarikh : 05 September 2010 (Ahad)
Masa : 9.30 am
Tempat : Lobi Pangsapuri Kenanga

4. Sehubungan dengan itu saya memohon jasa baik pihak tuan/puan sekiranya ingin membayar wang berkenaan sila hadirkan diri pada hari berkenaan.

Sekian terima kasih


Yang benar,


________

JMB Pangsapuri Kenanga.

Tuesday, August 24, 2010

Selamat Menyambut Hari Merdeka

Assalamualaikum w.b.t

Kepada semua penduduk Pangsapuri Kenanga, Selamat Menyambut Hari Merdeka!
Semoga Pangsapuri kita terus maju dan bersatu.

JMB Kenanga.

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

KEPADA SEMUA SAHABAT PANGSAPURI KENANGA.. AMPUN DAN MAAF DIMINTA.. SUPAYA JIWA KITA LEBIH TENANG KALA MENJALANI IBADAH DIBULAN MULIA..

semoga Ramadhan tahun ini menyuntik lebih banyak hidayah dan kita kekal mengamalkannya sesudah itu..amin

Tiada hari seindah Jumaat, Tiada kata seindah Zikir, Tiada Ibadah seindah Solat, Tiada Bulan seindah Ramadhan.maaf ats segala ketelanjuran.. Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa,,,,,

Wednesday, July 21, 2010

MESYUARAT SURAU PANGSAPURI KENANGA

TUAN / PUAN ;

2. SATU PERJUMPAAN AKAN DIADAKAN PADA MASA, TARIKH
DAN TEMPAT SEPERTI BERIKUT :

TARIKH : 22HB JULAI 2010(KHAMIS)
MASA : 9.00 MALAM (LEPAS SOLAT ISYAK)
TEMPAT : SURAU, PANGSAPURI KENANGA

3. PERJUMPAAN INI ADALAH PENTING BAGI MEMBINCANGKAN BEBERAPA PERKARA TERUTAMANYA MENJELANG BULAN RAMADHAN.


SEKIAN TERIMA KASIH

Monday, July 5, 2010

Terima kasih semua penduduk Kenanga

Assalamualaikum semua,

Terima kasih kepada semua penduduk kenanga yang telah menjayakan segala aktiviti yang dianjurkan oleh JMB Pangsapuri Kenanga baik secara langsung ataupun tidak.
Pihak JMB berharap agar penduduk kita berada dalam keadaan aman dan dapat bekerjasama antara kita.

Sekian terima kasih.